BENARKAH KEJADIAN INI....??? Rakaman Video Mesin ATM Rosak Sembur Beratus-Ratus Keping Duit Tersebar...ADA SIAPA YANG TAHU???



PETALING JAYA: Satu rakaman kamera keselamatan yang menunjukkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) mengeluarkan beratus-ratus keping duit kertas, tersebar dalam laman sosial.

Dalam rakaman selama 17 saat yang dimuatnaik dalam laman perkongsian video YouTube itu,
seorang lelaki muda yang memakai topi dan berpakaian kasual terkejut melihat ATM berkenaan mengeluarkan kepingan duit yang banyak.

Kemudian dia melihat keadaan sekeliling sebelum membongkok dan mengaut duit terbabit yang dipercayai berjumlah RM10,000.

Lokasi dan tarikh sebenar kejadian tidak diketahui dan tidak dapat dipastikan sama ada lelaki berkenaan melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis atau bank.

Rata-rata pengguna laman sosial kurang percaya dengan rakaman video tersebut selain ada yang berharap kejadian berkenaan berlaku kepada mereka.


Sumber: mStar

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "BENARKAH KEJADIAN INI....??? Rakaman Video Mesin ATM Rosak Sembur Beratus-Ratus Keping Duit Tersebar...ADA SIAPA YANG TAHU???"

Posting Komentar