INILAH 9 Petua Menghilangkan Kahak Secara Semulajadi Dan Berkesan!CUbat doktor sekarang sudah terlalu banyak kesan sampingan ! JOM DICUBA...

Inilah 9 Petua Menghilangkan Kahak Secara Semulajadi Dan Berkesan!Ubat doktor sekarang sudah terlalu banyak kesan sampingan !

Batuk merupakan respon tubuh untuk mengeluarkan kahak, debu atau jerebu melalui saluran pernafasan. Setiap orang pasti pernah mengalami batuk, sekurang-kurangnya satu tahun sekali.

Batuk biasanya akan hilang dalam waktu tiga minggu dan tidak memerlukan pengubatan khusus. Pemakaian ubat batuk sampai kini belum terbukti sepenuhnya. Justeru orang lebih suka memakai petua tradisional untuk meredakan batuk.

Namun kadang kala batuk telah mulai sembuh namun kahak masih ada di dalam rongga pernafasan kita. Ini menyebabkan rasa tidak selesa pada bahagian dada dan adakalanya kita akan rasa seperti sukar untuk bernafas. Jadi kami ingin kongsikan 9 petua menghilangkan kahak secara semulajadi dan berkesan:



Stim @ Wap panas

Yang ni adalah cara yang paling mudah dan berkesan. Cuma gunakan air dan halakan wap atau stim ke muka anda atau baby anda. *CAUTION: Stim adalah amat panas. Lapiskan kain napkin yang nipis untuk pastikan stim tidak terus menghala ke muka anda atau baby anda.

Sambil tu tepuk-tepuk belakang baby dengan perlahan dengan tujuan nak longgarkan kahak dan lebih mudah disingkirkan melalui najis baby.


Madu

Madu adalah makanan sunnah yang bersifat antioksidan yang kuat dan anti-inflamasi. Bancuhkan sedikit madu bersama air suam dan minum setiap hari sehingga kahak anda hilang. Ianya membantu merawat tekak anda yang sedang perit dan membunuh bakteria yang terdapat pada kahak.


Larutan air garam

kaedah yang amat mudah. Bancuhkan sesudu kecil garam masakan yang ada kat dapur korang dengan air suam. Kumurkan dan pastikan anda kumur juga pada tekak anda seperti di dalam gambar di bawah. Ulang semula sehingga air garam anda habis. Lakukan setiap hari dan saya pasti tekak anda akan lebih baik. Larutan garam membantu membunuh kuman penyebab batuk dan sakit tekak anda.


Nenas

buah nenas mengandungi sejenis enzim proteolitik yang dipanggil bromelain. Bromelain membantu sistem pencernaan dan juga mencairkan darah. Kajian menunjukkan pengambilan makanan mengandungi bromelain seperti nenas membantu mengurangkan kahak. Minum 2 gelas jus nenas segar sehari selama dua hingga tiga minggu.


Makanan bercili


Makanan pedas bertindak sebagai natural decongestant, bermakna melegakan tekak anda di mana ia membantu menguraikan kahak yang terkumpul di belakang tekak anda. Contoh seperti cili cayenne membantu mengurangkan kahak yang menghalang di belakang tekak. Selain itu makanan pedas juga meningkatkan aliran darah dan oksigen pada tekak. Ini juga membantu mengurangkan kahak pekat di tekak anda.


Kunyit


Serbuk kunyit terkenal dengan sifat anti-inflamasi di mana ia membantu mengurangkan kebengkakan membran mukus. Ini amat membantu dalam pembentukan kahak. Serbuk kunyit juga membantu meningkatkan fungsi pundi hempedu. Kajian menunjukkan fungsi pundi hempedu yang dipertingkatkan dapat mengurangkan penghasilan kahak yang pekat. Larutkan 1/2 sudu teh serbuk kunyit di dalam segelas air suam. Hirup perlahan-lahan bagi membenarkan ia mengurangkan kahak yang terkumpul.


Teh bunga Chamomile


Teh chamomile membantu melegakan tekak yang luka akibat inflamasi yang boleh menjadi punca terjadinya kahak. Minuman ini juga boleh meredakan membran mukosa yang perit. Caranya mudah saja. Masukkan 1-2 sudu teh bunga chamomile kering ke dalam air panas. Rendamkan bunga tersebut selama 5 minit. Tapiskan dan masukkan ke dalam cawan. Minum dengan perlahan-lahan dan biarkan ia meresap ke dalam tekak anda.


Bawang putih


Makan beberapa ulas bawang putih mentah terbukti membantu merawat kahak pada tekak. Kandungan sulfur di dalam bawang putih membantu melonggarkan kahak yang pekat. Sifat semulajadinya membantu mengeluarkan kahak yang berlebihan dari dalam tekak. Mereka yang mengalami kahak yang banyak boleh kunyah 2-3 ruas bawang putih mentah semasa perut kosong.


Minum air kosong banyak


Pastikan pengambilan air kosong 6-8 gelas sehari membantu mengurangkan pembentukan kahak. Air juga membantu menyingkirkan kahak yang berlebihan yang terkumpul di belakang tekak. Sebaiknya, minum 2 liter air suam untuk clearkan kahak

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "INILAH 9 Petua Menghilangkan Kahak Secara Semulajadi Dan Berkesan!CUbat doktor sekarang sudah terlalu banyak kesan sampingan ! JOM DICUBA..."

Posting Komentar