INILAH Manfaat Doa Lengkap Sebelum Makan Mencuci Jiwa Dan Dosa Yang Ramai Tak Tahu. Kongsi Supaya Dapat Kita Berkongsi Pahala... SEMOGA BERMANFAAT...

Doa yang dibaca sebelum makan;

الْحَمْدُ للَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلا قُوَّةٍ

Alhamdulillahillazi at a'mani haaza wa rozaqoniihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin.

(Segala puji bagi Allah yang telah memberiku makan makanan ini & memberikan kepadaku rezeki ini tanpa daya upaya & kekuatan daripadaku.)


1. Sesiapa yang membaca doa ini sebelum makan, maka dosanya akan diampunkan Allah. Sesungguhnya dia telan menelan makanan dengan maghfirah (pengampunan).

2. Seseorang yang keluar mencari rezeki, kemudian apa yang diperolehnya itu dimakan oleh ahli keluarganya maka ia telah menjadi sedekah.

3. Jika seseorang itu "dapat mengawal" rasa laparnya, maka akan elok cara makannya (situasi makan ketika lapar).
- Tidak gelojoh ketika makan kerana rasa lapar itu telah dikawal dengan baik. 

4. Di dunia ini ada 3 jenis manusia;

4.1: Mu'min.
4.2: Munafiq.
4.3: Kafir.

5. Peringkat nafsu syahwat.

- Syahwat pada awalnya akan menyuruh kepada yang jahat & menyekat dari yang baik. Ini nafsu Ammarah (الأمارة).

- Akan tetapi jika suruhan itu tidak dipatuh, maka jenis nafsu tadi bertukar kepada nafsu Lawwamah (اللوامة). Apapun ia masih berbahagi antara baik & buruk.

- Jika bertegas dengan nafsu Lawwamah itu tadi; mahu lakukan kebaikan tidak kejahatan, maka ia bertukar kepada Mutmainnah (المطمئنة). *Ini adalah sebaik-baik nafsu.

6. DOA untuk orang yang ZALIM ialah mendoakan HIDAYAH buatnya. Kerana jika dia tinggalkan kezaliman itu, maka akan ada manusia yang terselamat dari disakiti & dizalimi.

-Saya rasa point ke6 ini ramai orang terlepas pandang & mungkin juga ada yang tidak mahu melakukannya. Mungkin kerana dalam hati sudah tersangat benci, biar si zalim itu rasakan kelak di akhirat dll. Padahal melalui asbab doa itu, jika si zalim tadi betul-betul dapat hidayah maka bukan sekadar si zalim bertaubat bahkan yang dizalimi pun terselamat. 

Dua orang dapat diselamatkan melalui doa itu iaitu yang zalim & yang dizalimi. Yang mendoakan itu pun mendapat ganjaran besar daripada Allah atas usaha baiknya.

7. Perelokkan cara berwudhu' kerana jika wudhu'nya sahih & bagus maka ia membawa kepada sahih & bagusnya solat.

8. Seekor himar (kaldai) yang diberi makan oleh tuannya pasti ia akan rajin bekerja untuk tuannya. Jika himar pandai berterima kasih, maka sayugia-lah (sepatutnya) manusia lebih-lebih lagi wajib pandai berterima kasih kepada Allah yang telah memberinya rezeki dll. 

Makan, then mensyukurinya dengan patuh pada perintah Allah & jauhilah larangan-Nya.

9. Tanda keimanan seseorang itu juga ialah dia memberi makan kepada orang lain & lembut tutur bicaranya.

- Tenang masya Allah :).

# Nota mafhum dari kuliah Habib Umar Benhafidz حفظه الله, Tarim Jun- Ogos 2014.
Boleh rujuk di sini matan

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "INILAH Manfaat Doa Lengkap Sebelum Makan Mencuci Jiwa Dan Dosa Yang Ramai Tak Tahu. Kongsi Supaya Dapat Kita Berkongsi Pahala... SEMOGA BERMANFAAT..."

Posting Komentar